Skip to content

 

Maybank2U

Sumbangan melalui Maybank2U Online : Fund Transfer to KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 klik untuk lebih lanjut...

CIMB Click

Sumbangan melalui CIMB Click : Payment to > Payee List > Yayasan Pembangunan Nur Hikmah klik untuk lebih lanjut...

Bank Islam Malaysia

Sumbangan melalui Bank Islam : Payable To or Beneficiary Name: KHIDMAT NURHIKMAH Company Registration No. or Beneficiary ID: 646393-A. Klik untuk lebih lanjut...
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ditubuhkan dalam tahun 2006 dibawah Akta Syarikat Malaysia. Memberikan bantuan dalam bentuk sokongan moral dan material seperti keperluan harian dan pendidikan. Menjadi penaung kepada lebih 200 orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar di 6 pusat jagaan di seluruh Malaysia.

Hingga kini lebih 1,000 orang sukarelawan dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ICT, perubatan, kaunseling , perniagaan dan lain-lain menyertai YPNet untuk turut serta dalam kerja-kerja sukarelawan.

Pihak YPN mempunyai hanya satu tujuan dalam penubuhannya. Ianya adalah bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan. Bantuan yang dimaksudkan tidaklah hanya kepada keperluan kebendaan atau wang ringgit semata-mata. Bantuan dari membaiki taraf hidup, motivasi dan pengukuhan asas hidup adalah lebih bermakna dari segala keperluan yang berbentuk kebendaan.

Read more...
 

Berbagai cara untuk anda menyumbang

1. Jika anda ingin menyumbangkan peralatan atau bahan makanan sila hubungi kami ditalian 03-8733 2411 atau email kepada This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it .

2. Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk cek atau money order sila letakkan atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH dan masukkan kedalam akaun MAYBANK 564306010610

3. Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk kewangan secara online, anda boleh menggunakan salah satu kemudahan online dibawah ini. 



 

Sertai Kami

daftarsukarelawan
joinyahooypn
ypnet_join
 
 

Diskusi Komuniti

Latest Message: 3 weeks, 1 day ago
  • MohdZaki : atau hubungi kami di nombor 03-89256582
  • MohdZaki : Anda mahukan kerja? kami mencari PEMANDU VAN-JURUJUAL, KERANI AKAUN. Layari laman web kami di www.karnadya.com.my
  • MohdZaki : Anda mahukan kerja?
  • soekre : Asalamualaikum wbt. Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha
  • Azieazah : Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin.. semoga raya kali ini lebih menggembirakana...
  • Azieazah : Salam Ramadan buat semua warga Nurhikmah.com..
  • pelangi : salam ramadhan buat semua ahli yayasan nurhikmah. pelangi dah lama tak bertanyakan khabar berita saudara di nurhikmah..harap semuanya sihat selalu
  • soekre : Rasanya seputeh belum baca habis kat website ni. Semua maklumat yang ditanya itu dah ada kat situ
  • seputeh : assalamualaikum...boleh saya tahu senarai 6 buah pusat jagaan dibwh nurhikmah ni???
  • ieka : sy nk jd sukarelawan,,,

You have to login before you can shout!

Login Ahli

Welcome Guest.






Lost Password?
No account yet? Register

Status Online

Jumlah Pelawat

Visitors: 675017
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

Kalendar Aktiviti

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar

Info Semasa

Mangkuk Tingkat - Berita Harian 7 Ogos 2008 MangkukTingkat.com Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my KEBERSIHAN menjadi keutamaan dalam proses penyediaan makanan. Program perniagaan bantu ibu tunggal - Nur Hikmah akan perluaskan program MangkukTingkat.com ke seluruh negara mulai bulan depan MANGKUK tingkat dalam budaya penduduk Malaysia pada suatu masa dulu digunakan pekerja sektor pembinaan dan petani di kebun untuk menikmati makanan yang lazat, panas dan bersih seperti di rumah. Bukan luar biasa melihat 'pekerja kontrak' membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli. Nilai mangkuk tingkat mungkin berubah tidak lama lagi apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak Jun lalu, memperkenalkan program penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat yang dikenali sebagai Program MangkukTingkat.com. Di seluruh dunia, `kotak makan tengah hari’ seperti mangkuk tingkat adalah sebahagian budaya popular. Di India yang turut menggunakan mangkuk tingkat, dabbawala (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) di Mumbai amat popular hingga Putera Charles ketika lawatan ke negara itu bergambar bersama mereka. FATAHIYAH antara pelanggan MangkukTingkat.com sejak dilancarkan Jun lalu. Jepun berbangga dengan bento, makanan dan lauk yang diisi dalam kotak kayu pelbagai bentuk yang cantik. Apa pun istilah atau di mana juga, matlamat akhir adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati makanan yang murah, bersih dan enak. Berbanding dabbawala dan bento yang mempunyai sejarah dan tradisi yang panjang, Program MangkukTingkat.com yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (Nur Hikmah) masih terlalu muda, tetapi berpotensi mencipta revolusi dalam budaya makan orang kita. Presiden dan Pengasas Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, mengakui program itu berdasarkan kejayaan dabbawala di Mumbai, tetapi disesuaikan dengan keadaan di negara ini. PENGHANTARAN cepat menghantar mangkuk tingkat kepada Fatahiyah di Cheras. Perbezaan utama, katanya mangkuk tingkat di Malaysia adalah versi teknologi alam maya hingga ada yang memberi gelaran kepada program itu sebagai `nasi internet’ apabila semua proses adalah melalui internet. “Pelanggan membuat tempahan melalui internet. Bayaran adalah secara dalam talian. Kami tidak mengenali mereka dan jika ada sebarang aduan atau cadangan, semuanya disalurkan melalui internet,” katanya. Beliau berkata, program itu tidak bermotif keuntungan, tetapi menyediakan pancing kepada ibu tunggal serta penjaga anak yatim, sejajar kedudukan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai penaung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar di enam pusat jagaan seluruh Malaysia. “Kita boleh memberi bantuan wang tunai atau kebendaan, tetapi lebih baik memberi pancing yang boleh menjana pendapatan kepada mereka, berbanding memberi ikan yang akhirnya tidak ke mana,” katanya. Selain ibu tunggal, katanya waris yang menjaga anak yatim mempunyai tanggungan masing-masing dan menyertai program ini sebagai pembekal makanan meringankan beban kewangan mereka. Mengapa mangkuk tingkat? Ameer Soekre berkata, makanan tingkat kedap udara membolehkan makanan kekal panas hingga kira-kira lima jam, selain menjimatkan, berbanding bekas polisterin yang berharga 12 sen sebungkus dan tidak mesra alam. Katanya, Program MangkukTingkat.com. mendapat bantuan RM15,000 dari Tekun Nasional untuk membeli mangkuk tingkat. Beliau berkata, setiap mangkuk tingkat mempunyai empat mangkuk, tetapi hanya tiga digunakan, iaitu setiap satu diisi nasi, lauk berkuah dan sayur. “Satu mangkuk lagi dibiarkan kosong sebagai lambang kasih sayang kami dan tukang masak. Setiap Jumaat, mangkuk kosong diisi buah seperti pisang. Pada hari ulang tahun kelahiran pelanggan, kami hantar kek. “Kadang-kadang usahawan yang mahu mempromosi produk masing-masing meletakkan sampel makanan dan kad perniagaan dalam mangkuk kosong itu. “Menjelang Ramadan dan kemudian menyambut Aidilfitri, sudah ada mahu mempromosi kuih raya menggunakan mangkuk tingkat,” katanya. Memperjelaskan Program MangkukTingkat.com, Pengurus Nur Hikmah, Syaidiatul Syahirah Roslan, berkata program bermula Jun lalu dengan seorang pembekal yang menyediakan makanan ke kawasan sekitar Cheras. “Sasaran awal ialah pelanggan mengambil sendiri makanan, tetapi mereka lebih suka makanan dihantar terus kepada mereka. Dari sini bermula program mangkuk tingkat,” katanya. Ketika ini, katanya 60 peratus daripada pelanggan adalah pekerja pejabat dan baki penghuni kediaman. Pada peringkat permulaan, katanya pelanggan adalah sekitar Lembah Klang, meliputi dari Bukit Beruntung hingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, pelanggan mendapat makanan dari pembekal makanan paling hampir seperti makanan untuk pelanggan di KLIA adalah dari Dengkil. Untuk masa depan, katanya Nurhikmah dengan bantuan Tekun Nasional melantik vendor untuk membekalkan bahan mentah seperti ayam, daging, rempah dan sayur-sayuran. “Sebagai contoh, seorang vendor mendapat bantuan menanam sayur-sayuran yang dijual kepada kami dengan harga lebih rendah berbanding pasaran. Ada juga vendor yang dipilih memang sudah berniaga,” katanya. Melalui program vendor, katanya harga bahan mentah dapat dikawal, sekali gus memastikan harga makanan yang dijual berpatutan. Katanya, Program MangkukTingkat.com akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dan mulai Ogos ini akan dimulakan di Pulau Pinang, selain beberapa lokasi di Johor Bahru, Melaka dan Negeri Sembilan. FAKTA Mangkuk tingkat Alamat laman web: www.mangkuktingkat.com Hidangan makan tengah hari sebelum jam 11 pagi atau antara jam 1 hingga 2 petang dan makan malam, antara jam 5 petang hingga 8 malam (rumah). Pelanggan pejabat menerima makanan antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang. Lokasi pembekal makanan di Lembah Klang adalah di Bukit Beruntung, Selayang, Gombak, Keramat, Ampang, Pandan, Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Dengkil, Kelana Jaya, Shah Alam dan Klang. Dua pakej, iaitu lauk + sayur (RM3.50) dan lauk + sayur + nasi (RM4.50). Kos penghantaran ke rumah dan pejabat (RM1.50). Ada 300 menu lauk dan sayur. Menu berbeza setiap hari. Contoh menu setiap Isnin sepanjang Julai: ayam masak kicap dan tauge goreng (7 Julai), daging kicap dan buncis goreng (14 Julai), ikan kembung percik dan sayur petola (21 Julai), kari udang dan peria goreng (28 Julai).   Details...

Jom isi tabung anak-anak yatim untuk kembali ke sekolah Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,   Seperti tahun-tahun yang lepas Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan menaja pakaian seragam sekolah dan keperluan-keperluan lain untuk sesi persekolahan 2008 yang akan menjelang tidak lama lagi.   Pada tahun ini pihak Yayasan akan menaja 200 orang anak-anak yatim, miskin & terbiar dari 6 buah rumah jagaan seperti berikut :   1. Rumah Jagaan Nurhikmah , Kajang, Selangor    40 org 2. Asrama Nurul Iman, Manjoi, Perak                       30 org 3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL          55 org 4. Asrama Qanaah, Tmn Greenwood, Gombak,KL   20 org 5. Pondok Penyayang Raudah , Bt 11, Gombak        30 org 6. Pusat Jagaan Sri Sabah , Kuala Lumpur              25 0rg   Jumlah keseluruhan ialah                                        200 org   Anggaran kos bagi setiap anak ialah RM100.00   Jumlah yang diperlukan ialah RM20,000.00 (Dua puloh ribu)   Sehubungan dengan itu kami merayu bantuan dari orang ramai dan badan-badan korporat serta NGO untuk membantu kami mengumpul dana untuk tujuan tersebut.   Terdapat tiga cara untuk menyumbang untuk program ini :   1.Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.                ATAU   2. Sumbangan melalui cek / money order atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH 564306010610 (Maybank) dan diposkan ke alamat Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.               ATAU   3. Menghubungi kami di talian 03-87332411 (waktu pejabat) atau 012-2968649 (En. Fadzil) jika anda ingin membawa anak-anak tersebut pergi membeli-belah keperluan persekolahan mereka.   Keperihatinan anda sangat-sangat kami hargai dan kami sanjung tinggi.   Sekian terima kasih        Details...

Memerlukan peralatan komputer utk rumah anak yatim PROGRAM KOMPUTER UNTUK ANAK YATIM   Objektif  program ini adalah bertujuan memberi peluang dan kemudahan terhadap anak-anak yatim untuk mendekatkan diri serta menambah pengetahuan terhadap ilmu teknologi maklumat. Selain pendedahan secara formal di sekolah dengan kapasiti pengguna yang tinggi dan bilangan komputer serta masa penggunaan yang terhad, maka kami bercadang untuk mewujudkan kemudahan makmal komputer yang dilengkapi dengan perkhidmatan internet di 5 buah rumah-rumah anak yatim, miskin & terbiar dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.   Dengan cara ini, anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan ini akan lebih mempunyai peluang untuk sama-sama berdaya maju dengan kanak-kanak di luar. Dengan kewujudan makmal komputer ini juga, pelbagai program boleh dilaksanakan antaranya :   Kursus asas berkenaan komputer terhadap kanak-kanak dan penjaga di sekolah. Kursus penggunaan perisian-perisian asas seperti Microsoft Office Bengkel Internet Pendedahan terhadap kepentingan ilmu Teknologi Maklumat pada masa kini Kerjaya Teknologi Maklumat   Bagaimana kita boleh bersatu membantu golongan anak-anak yatim meningkatkan ilmu perkomputeran di kediaman mereka , ialah dengan cara sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian khususnya sumbangan berbentuk :   pemberian sebarang perkakasan komputer yang lama tidak kira sama ada yang masih berkeadaan baik atau sebaliknya. pemberian wang ringgit bagi pengurusan penyediaan bilik makmal contohnya pembelian perabot terpakai. Jika anda mempunyai sebarang peralatan komputer seperti CPU, Monitor, Router, Printer, LAN Switch, Scanner, perabot yang terpakai atau baru yang ingin disumbangkan kepada kami sila hubungi Encik Rohaizal di 012-3953903 atau email kepada presiden@... (presiden[at]nurhikmah.org.my) . Jika anda memerlukan transport untuk penghantaran, kami akan menguruskannya.   Diharap dapatlah kita sama-sama menjalankan amanah kita terhadap Allah s.w.t bagi sentiasa membantu dan memberikan perhatian terhadap golongan kurang berada secara amnya, dan anak-anak yatim khususnya.     Details...

December 2008 January 2009 February 2009
Tuesday, January 06, 2009
Random Picture (3.gif)
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 1 1 2 3
Week 2 4 5 6 7 8 9 10
Week 3 11 12 13 14 15 16 17
Week 4 18 19 20 21 22 23 24
Week 5 25 26 27 28 29 30 31