Skip to content

 

CIMB Click

Sumbangan melalui CIMB Click : Payment to > Payee List > Yayasan Pembangunan Nur Hikmah klik untuk lebih lanjut...
Bengkel Jahitan Tudung

Bengkel Jahitan Tudung "Do it Yourself" (DIY)

jaulahypn_037Pada hari Sabtu, bersamaan 4 Julai 2009, buat julung kalinya Bengkel Jahitan Tudung “Do it Yourself” (DIY) telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Bengkel ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) sendiri dan dikendalikan oleh Puan Norafiza Bt. Hardi yang didatangkan khas dari Perak. Walaupun dari tempat jauh, namun Puan Norafiza langsung tidak menunjukkan sebarang lelah di wajahnya.

Kelas bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada 1 petang dengan dihadiri oleh 5 orang peserta dari pelbagai kawasan. Walaupun mereka menghadapi pelbagai kesukaran untuk ke destinasi, namun dengan izin Allah mereka tiba juga akhirnya. Peserta juga tidak kalah dalam menunjukkan semangat mereka untuk menyertai kursus ini terutama bagi Puan Norizan yang datang dari Negeri Sembilan.

Antara objektif bengkel adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada golongan wanita terutama kelompok susah untuk mempelajari teknik-teknik menjahit tudung disamping meningkatkan produktiviti diri mereka. Memang sudah menjadi tanggungjawab YPN untuk membantu golongan yang memerlukan. Bahkan, yuran penyertaan yang dikenakan juga adalah amat murah.

Memandangkan ini adalah pertama kali bengkel ini dianjurkan pihak YPN, tentu terdapat pelbagai kekurangan dalam pelaksanaannya. Jadi, kami ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua peserta atas segala sesuatu yang dirasakan kurang sempurna dan sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti bengkel. Kami juga merancang untuk memperbanyakkan lagi bengkel-bengkel yang seperti ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

 
< Prev   Next >
SEO by Artio

Sertai Kami

daftarsukarelawan
joinyahooypn
ypnet_join
 
 

Status Online

We have 6 guests online

Jumlah Pelawat

Visitors: 1343183