| Selamat Datang |
Soal Jawab Mengenai Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
S : Adakah mana-mana VIP atau badan korporat yang menjadi tulang belakang YPN ? J : Tidak ada mana-mana VIP atau badan korporat yang menjadi tulang belakangnya yayasan ini. Ianya diuruskan oleh lembaga pengarah yang terdiri dari para sukarelawan dan dan dibantu oleh seorang kerani sepenuh masa dipejabat yayasan di Taman Mesra, Kajang.
S : Adakah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah menguruskan mana-mana rumah jagaan atau asrama anak yatim ? J : Pihak yayasan tidak mempunyai atau menguruskan mana-mana rumah jagaan atau asrama anak yatim buat masa ini. Tumpuan kami sekarang ialah kepada rumah-rumah sedia ada.
S : Jadi, bagaimanakah dan kepada siapakah yayasan ini menyalurkan bantuannya ? J : Pihak YPN pada masa ini sedang memberikan bantuan kepada anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar secara terus kepada anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar dibeberapa buah rumah jagaan dan juga yang tinggal bersama waris mereka. S : Adakah yayasan menjalankan pungutan sumbangan dari jualan barangan seperti yang dijalankan oleh sesetengah pihak yang lain ? J : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah menjalankan kutipan terus atau melalui jualan barangan. Kami hanya mengumpul sumbangan melalui saluran elektronik (Maybank2U) ke akaun 564306010030 atas nama KHIDMAT NURHIKMAH ataupun dengan cek atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH. Pihak yayasan sedar mengenai ada individu tertentu yang menggunakan kepala surat YPN untuk memungut derma dikalangan orang awam. Kami suka menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan aktiviti mereka yang tersebut dan segera melaporkan kepada talian 24 yayasan 1700 800 020 supaya kami dapat membuat laporan kepada pihak polis mengenai penyelewangan tersebut.
S : Setakat ini berapa ramaikah sukarelawan yang telah mendaftar dibawah YPN ? J : Sehingga bulan Februari 2010, pihak YPN mempunyai hampir 2,000 orang sukarelawan berdaftar untuk berbagai bidang perkhidmatan seperti perubatan, pendidikan, ICT, kaunseling, agama, keusahawanan, motivasi dan guaman. Selain dari itu YPN juga mempunyai lebih 35,000 orang kumpulan sokongan dari Yahoo Group SIM yang sentiasa menyalurkan sumbangan serta maklumat bagi memantapkan lagi usaha-usaha murni YPN.
S : Apakah matlamat jangkapanjang yayasan ini ? J : Kami ingin melihat gejala sosial dan masalah keluarga dapat diselesaikan secara total melalui usaha-usaha kami ini. Kami yakin bahawa masalah anak-anak terbiar dan remaja bermasalah adalah bermula dari rumah serta ibubapa atau waris mereka. Anak-anak yatim jadi terbiar kerana tiada waris yang sanggup memikul tanggungjawab menjaga mereka. Remaja bermasalah disebabkan ibubapa mereka gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Jika pun ibubapa mereka telah melaksanakan tanggungjawab tersebut, remaja berkenaan terlibat dalam gejala sosial akibat dari pengaruh remaja lain yang bermasalah disebabkan ibubapa rakan mereka itu gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Kami di YPN yakin bahawa menyediakan pusat-pusat jagaan bukanlah satu penyelesaian kepada masalah sosial sekarang. Ianya hanyalah bersifat sementara. Penumpuan utama mestilah kepada pengukuhan institusi keluarga itu sendiri.
S : Apakah langkah yang akan diambil oleh YPN bagi mencapai matlamat tersebut ? J : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan melangkah ke fasa kedua dalam tahun 2010 nanti. Menerusi fasa tersebut yayasan akan bergabung tenaga dengan pakar-pakar kecemerlangan anak-anak dan keluarga bagi menyediakan peluang bagi ibubapa dan keluarga membina institusi mereka. Kami sedang menyusun strategi bagi melancarkan program yang khusus mengenai perkara tersebut. Tumpuan kami di fasa kedua nanti ialah 40% bantuan dalam bentuk material dan wang ringgit, 60% bagi pembinaan dan pengukuhan asas masyarakat. |
|||
| < Prev |
|---|