Berita & Blog
Memerlukan peralatan komputer utk rumah anak yatim | Memerlukan peralatan komputer utk rumah anak yatim |
|
PROGRAM KOMPUTER UNTUK ANAK YATIM
Objektif program
ini adalah bertujuan memberi
peluang dan kemudahan terhadap anak-anak yatim untuk mendekatkan diri
serta menambah pengetahuan terhadap ilmu teknologi maklumat. Selain
pendedahan secara formal di sekolah dengan kapasiti pengguna yang
tinggi dan bilangan komputer serta masa penggunaan yang terhad, maka
kami bercadang untuk mewujudkan kemudahan makmal komputer yang
dilengkapi dengan perkhidmatan internet di 5 buah rumah-rumah anak
yatim, miskin & terbiar dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah.
Dengan
cara ini, anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan ini
akan lebih mempunyai peluang untuk sama-sama berdaya maju dengan
kanak-kanak di luar. Dengan kewujudan makmal komputer ini juga,
pelbagai
program boleh dilaksanakan antaranya :
Bagaimana
kita boleh bersatu membantu golongan anak-anak yatim meningkatkan ilmu
perkomputeran di kediaman mereka , ialah dengan cara sumbangan daripada
tuan-tuan dan puan-puan sekalian khususnya sumbangan berbentuk :
Jika
anda mempunyai sebarang peralatan komputer seperti CPU, Monitor,
Router, Printer, LAN Switch, Scanner, perabot yang terpakai atau baru
yang ingin disumbangkan kepada kami sila hubungi Encik Rohaizal di 012-3953903 atau email kepada
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
(presiden[at]nurhikmah.org.my) . Jika anda
memerlukan transport untuk penghantaran, kami akan menguruskannya.
Diharap
dapatlah kita sama-sama menjalankan amanah kita terhadap Allah s.w.t
bagi sentiasa membantu dan memberikan perhatian terhadap golongan
kurang berada secara amnya, dan anak-anak yatim khususnya.
|
| < Prev |
|---|